Syurga di bawah telapak kaki Ibu

Mengapa syurga di bawah telapak kaki Ibu? Cuba korang renung-renungkan bait-bait kata ni.
Sebenarnya, aku cerita pasal hal ini bersebab. Benda ni berlaku petang tadi sewaktu nak berbuka puasa. Nak dijadikan rezeki keluarga aku, abah dijemput untuk beriftar di Masjid KLIA. Syukur, alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadan. Sebelum menanti waktu berbuka, aku ternampak seorang makcik berjalan menuju ke masjid berseorangan. Dalam fikiran aku mula berfikir, mana anak-anak makcik ni? Bahaya kot jalan sorang-sorang. Dah lah, banyak peragut area sini. Blacklist area lah kiranya kawasan sini. Tapi, aku berfikiran positif. Ahhh, mungkin anak-anak makcik ni busy berkerja kot. Nanti-nanti lah diorang datang.

Waktu terus berjalan, aku still pandang kat makcik tuh. Dalam benak fikiran aku, aku fikir. Eh, makcik ni sorang lagi. Dah nak berbuka ni. Sebagai manusia, sifat belas kasihan dan simpati aku hadir dan kuat untuk menghampiri makcik tu. Aku pun pergi dekat makcik tu, mula-mula takut jugak kot-kot tanak dilayan. Yelakan, tetiba datang menyibuk. Hehe. Tapi, alhamdulillah sangkaan aku salah belaka. Makcik tu sambut senyuman aku dengan baik sekali. Siap ajak untuk berbuka dengan dia. Mulanya aku agak keberatan tetapi setelah meminta izin daripada ibu, ibu memberi kebenaran.

Peluang aku untuk bersama dengan makcik tuh takkan aku lepaskan untuk bertanya apa yang berada di bebak fikiranku. Lihat pada zahirnya, aku lihat makcik ni datang dari golongan sederhana. Sama seperti aku. 
Soalan demi soalan aku bertanya dekat makcik tu. Pada mulanya, makcik tu agak keberatan untuk menceritakan, tetapi dengan takdir Allah, terbuka juga hati makcik itu untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sebenarnya, makcik tuh datang ke masjid hanyalah untuk berbuka. Dia tiada tempat untuk berbuka melainkan berbuka di masjid. Mendengar cerita makcik tersebut, hati aku berkocak hiba. Kalau tiada masjid atau surau, makcik tuh tak makan. Beliau just mengharapkan makanan di masjid sahaja disebabkan tiada duit untuk berbelanja. Ya Allah, kasihan sungguh makcik itu. 

Selepas itu, aku bertanya lagi dimanakah anak-anak makcik tu, ke makcik takde anak. Makcik tuh menjawab, dia ada 4 orang anak. Semuanya dah berjaya, dah berumahtangga. Tapi langsung tak pernah untuk menjenguk makcik di rumah. Makcik duduk rumah seorang diri sahaja. Ya Allah, hati aku teguris lagi mendengar apa yang diceritakan makcik tersebut. Takkan lah langsung takde masa nak menjenguk. Padahal KL dengan Nilai tak jauh mana. Sejam dah sampai kot. Makcik itu tak dapat menahan sebak dan aku pun jua. Berlinang air mata aku tanpa aku pinta. Aku tak sampai hati melihat wanita warga emas ini berseorangan diri sedangkan masih ada anak-anak disisi. Ya Allah, sesungguhnya kau maha pengasih dan maha pemurah. Tiada kudrat untuk aku membantu, tetapi hanyalah seutus doa yang mampu hambaMu luahkan. Kau rahmati makcik tersebut.

Selepas itu, kami berbuka dan berterawih bersama. Aku memeluk erat makcik tersebut umpama aku memluk erat ibuku sendiri. Ya Allah, rahmatilah beliau. Amin.

1 comment

Aiman Nazirmuddin | September 13, 2011 at 8:58 AM

hai sara. :)

Post a Comment

Thursday, August 25, 2011

Syurga di bawah telapak kaki Ibu

Posted by Sara Shafiqa at 9:30 AM

1 comments on "Syurga di bawah telapak kaki Ibu"

Aiman Nazirmuddin on September 13, 2011 at 8:58 AM said...

hai sara. :)

Post a Comment